Assalamualaikum semua! morning! Bangun2 semua dah pukul 9 dah ni. Harini alya nak citer citer sikit pasal aunty alya ni. Haritu hari jumaat pagi dalam kul 1 pagi cousin alya call ayah alya katanya kejut2 mak dia (aunty alya) tak bangun. Aunty alya tu dah memang sakit. Dia mengidap kanser payu dara. Kesian kan? Kanser tu dah merebak ke paru2 dia so dah tak berfungsi. Kalau nak bernafas kena guna oxygen. Memang 24 jam la pakai oxygen. Tak boleh bukak langsung oxygen.Haritu awal bulan 11 alya ada la datang melawat dia. Alhamdulillah dapat jumpa dia sebelum dia meninggal. Mula2 pakai oxygen yang kat hidung tu je. Lepas alya balik KL haritu,suami aunty alya tu dia call kena pakai oxygen yang kuat sebab sistem pernafasan dia lagi lemah. 2,3 hari sebelum dia meninggal pun suami dia call cakap tiba2 tangan dia membengkak besar sangat macam kaki gajah. Memang terlalu bengkak la tu kan??
Pukul 1 pagi tu anak dia call ayah alya,dia(anak aunty alya yg meninggal,kak mera) cakap kejut2 mak dia tak sedar. Dia dah call ayah dia tapi tak angkat so, orang yang first cousin(kak mera) alya bagi tahu ialah papa alya. Cousin alya tu pegi la panggil nurse whether mak dia ada atau tak. Nurse panggil doktor,doktor cakap dah takde dah. Cousin alya tu pegi call jiran suruh kejut ayah dia. Ayah dia tekejut sangat2 sampai nak pengsan. Papa alya pun call semua sedara mara cakap bertolak lepas subuh. Pastu kita org semua bersiap pukul 3 pagi tuh. Bla Bla Bla..... dah bertolak. Lepastu,kami singgah kat R&R Seremban. Jumpa la dengan aunty2 alya yang lain. Kita org breakfast jap , sambil tunggu mak long alya sampai dari Perak. Lama jugaklah tunggu dai dari kul 5 sampai kul7 pagi baru sampai haih lambat betul. Alya pun pegi la tumpang kereta uncle alya sebab kereta alya dah tak muat sangat packed! Jalan 1 jam berhenti,jalan aja kete 1 jam berhenti. Memang lambat la kan,dah la nak kena rushing sebab kena kejar masa sebab takot tak sempat nak tgok muka arwah sebelum kebumi kan. Kita org semua nya pecut. Dah la tak tahu jalan hadoii -__-" memang riuh satu keta. Orang nak duk dalam kete dengar radio bukan nak tengok live orang berlakon. Saboo je lah.
Uncle alya ni memang kalau pecut,pecut habis dah lah dia tu tak tahu jalan,org kalau tak tahu jalan sila la jangan nak berlagak sangat duk depan,kau ikut aja orang yang tahu jalan tu. Kan dah sesat. Memang letih giler tau! Orang pegi johor dalam 5 jam aja. Kita org ni sampai 6 jam!! 1 jam extra. Kita org call la suami aunty alya yang meninggal tu. Dia pun bagi insruction yang salah mana nya lah nak sesat. Lagipun,kita tak leh nak salahkan dia sebab dia tu,yela kan org yang baru kehilangan isteri. Alya tgok dia pun macam mamai aja. Yang kelakornya,kita org sesat dah sampai ke Singapore. hahhahahaha dah ada signboard tulis ke woodlands. Lawak dohh!! Kita org pun patah balik. Nasib baik lah ada U turn kalau tak,PEGI UNIVERSAL STUDIOS LA JAWABNYA hahhahhaha... Eh tak leh tak leh melawat org meninggal. Ada pulak nak pegi jalan2. hihihi.. SEBELUM TU,THIS GONNA BE A LONG ONE SO YEA. BACA LAH YE. KALAU KORANG NAK MUNTAH BAIK TUTUP AJA :P Kampung tu sebenarnya ada kat Felda Tebrau. Memang kawasan pedalaman lah. Tiba2 bila dah sampai kat tanah perkuburan tu dah kebumikan dah. Sedih giler tak dapat jumpa mak nyah :( Sampai2 aja kak mera peluk aunty alya,(AUNTY SHAM)dia cakap " Mama dah banyak kali sebut nama aunty sham" Menangis. Alya tahan lagi. Pegi dekat ngan kubur,renung lama2..... Akhirnya nangis jugak. :'( Pastu pegi kat makcik2 yang tinggal kat Tebrau tu. Diorg cakap orang yang kat sini pun tak dapat tgok muka mak nyah.Orang masjid tu rush sangat. Bayangkan lah orang yang duk kawasan tu pun tak boleh tengok apa tah lagi kita? Sebenarnya diorg kebumi kan dekat kampung suami aunty alya ni. Bukan kat rumah dia. Diorg tak bagi letak jenazah kat rumah sebab apa entah. So,semua settle kan kat masjid and they straight away ke kubur. Diorg cakap lepas zohor tapi kita org sampai dalam kul 11 :50 cam tu dah siap semua. Dah kebumi,dah baca doa,van jenazah tu pun dah takde. Cepat kan??!!
Kita org pegi lah kat kg,tebrau tu. BEST JUGAK kg. tu sebab dia kawasan perkampungan and rumah dia pelik2. Ada yang dekat atas bukit ada yang kat bawah bukit. Makcik2 alya semua bicang pasal tahlil semua tu. Then,sebelah keluarga alya terfikir nak cari homestay yang dekat2 lah kan? Takkan nak tidor umah orang camtu kan ramai. Pastu,dah jumpa homestay kita org pun cari2 la homestay manaaaa lah homestay tu ye? Tanya2 org dah jumpa!! Parking kat tepi jalan and nampak lah rumah kayu warna hijau. Takkan la tuh homestay kot?? Muat ker? Dah lah ramai ada kot dalam 40org. macam mana nak tidor rumah sekecil itu? Turun aja bukit tgok2 ruma warna purple tapi macam kecik aja macam tak muat aja. Try masuk. Masuk,masuk WAH BESAR ! Luas sangat. ada 2 bilik ok lah. Ruang tamu dia seluas luas nya boleh tidor 4 family kat bilik 3 family. Ok lar kann.... Malam nye pulak,kebetulan aunty alya ada keluar jap pegi kat kete. Rumah dia macam ni tau. Dia ada kat bawah jalan so,nak pegi kat tepi jalan kena naik macam bukit tapi takde la tinggi sangat bukit tu,pastu baru boleh nampak jalan raya. I hope you guys can understand,sebab susah sangat nak explain. Kalau nak tahu cer search felda tebrau,johor kat google mesti boleh agak macam mana rumah tersebut.Pastu,aunty alya tu nak ambik apa entah kat kete tiba2 dia nampak budak2 remaja tgh tunggu je kat bust stop tu. Dia tgh usya2 aja kereta kita org. Ye la kan aunty2 alya tu ada kete volkswagen and sebagainya. Memang dia tengok aja kete2 tu semua. Pastu,makin lama makin ramai pulak tuh haih.. Kita org dah risau sangat so,alya ngan semua cousin2 alya duk je la kat bukit tu tengok2 diorg so,rasa safe la sikit kan. Makin lama makin ramai remaja lelaki kat situ. Memang enjoy sangat lah sampai menari nari lah.. Haiishh pelik betul kan diorg ni. Kita org rasa tak senag hati,so kita org panggil la ayah2 kita org balik cepat sikit. Sebab masa tu semua ayah2 tak de pegi ke mana entah. Ada yang sampai dudk kat atas kereta one of my uncle. Jahat gila kan? Sebab mana la tahu dia nak buat apa2 kan?
Uncle2 and ayah alya pun sampai ke rumah. Kita semua ni cerita la kat diorg pasal tadi tuh. Diorg terkejut beruk tau. Sebab ada yang baru sangat beli keta. Ada yang keta dia mahal. So sangat risau. Paling sikit pun diorg boleh ambik radio. Salah sorang uncle alya pun pegi kat kereta dia. And remaja2 tu semua ada ke cakap "LAMBAT LAH BRO" memang sah la dia nak pecah masuk kereta tu kan. Itu pun ansib baik aunty alya yang nak ambik barang tu ternampak diorg so,diorg tak bernasib baik. Pastu,semua kereta2 tu turun and park depan rumah. Rasa selamat lah sikit. Kita org tidor pun dengan hati yang senang :D
NI BARU DAY 1 YE... DIA ADA SAMPAI DAY 3 SO SELAMAT LAH MEMBACA! JANGAN SAMPAI NAK MUNTAH. ALYA PUN RASA NAK TERMUNTAH TULIS NI. 3 HARI ALYA TULIS NI TAU?? BUSY PUNYA HAL. KORANG LAYAN AJA LAHH!!
No comments:
Post a Comment