Monday, 2 December 2013

Emergency - DAY 2

Salam guys! So,harini alya nak sambung cerita emergency alya yang kedua....

Pagi2 kami sudah bersiap kerana ingin menziarahi kubur arwah yang hampir dengan homestay yang alya telah duduk. Kami bersarapan dengan nasi lemak dan sedikit roti canai. Apasal tetiba alya buat ayat macam exam je nih? HAHAHAH ok,pastu dah siap2 kita org pun pegi la kubur.Masa tu hujan renyai2 je takde lah lebat sangat so,bila dah sampai tu kita org menuju ke kubur arwah dan membaca yaasin. Setelah selesai semua itu,kami bertolak pula ke rumah arwah di Pasir Gudang. Bila lalu aja depan hospital arwah,alya berasa sedih sangat. Pastu,ternampak tesco. Eh,tesco ja? tu pun nak cakap ke? Kat kl pun ada tesco. Hah! ni Alya nak cakap ni,tesco dia bukan sebarang tesco tau!! Tesco dia lebih canggih dan tidak pernah ada kat KL nih... nak tahu apa? Hah,tesco dia ada starbucks drive-thru tau!! AWESOME kan? Dan 1 lagi,dalam tesco tu ada sports direct.com ! Yang dekat UK tuu...  Rasanya kat KL belum ada lagi kan?? Best jugak Johor ni yea! Pastu,bila dah sampai rumah uncle alya tu. Dia kat KOTA MASAI tau. Jalan Nenas. Pastu,aunty2 alya yang tak pernah datang lagi tu terkejut la,sebab tengok rumahnya agak sempit. 5 family tauu! bilik ada 3 tapi 1 bilik 1 family ruang tamu lagi la sorang je la yang muat. Tapi actually tu bukan rumah betul dia. Rumah betul dia ada memang betul2 ada depan rumah sewa dia ni tapi tak sempat siap. Sebab contractor tu lari selepas ambik duit uncle alya 40 ribu tau dai bawak lari tanpa rumah tu siap. Rumah memang betul2 besar dari rumah sewa tu... Besar sangatttt! Cuma yang tak siap tu,dia tak letak tiles lagi. So,ada simen je lar. Pastu cat rumah tu belum and dapur. Kesian arwah,tak sempat nak duduk situ :(

Pastu,kita orang bincang untuk nak buat tahlil malam tu. Nasib baik arwah  i ada join kelab wanita ke apa benda kat situ. So,kita orang ni tak payah buat APA2 PUN diorg semuaaanya buat sendiri. Makanan je la kita kena beli.Memang adat kat situ kott... Pastu,malam tu.. Kita org buat tahlil kat rumah yang belum siap. Papa alya beli tikar getah,pastu hamparkan kat atas lantai tu,so boleh duduk dengan selesa lah.. Tujuan diorg nak buat kat rumah tu,supaya utk ambik berkat lah kat rumah tu kan? sebab nanti pun diorg nak duduk situ jugak. Rupa2 nya tu tahlil wanita saja. Semua yang baca yaasin sampai la ayat2 lain tu semua wanita pastu. Lelaki pergi masjid,diorg buat kat masjid. Then,habistu makan2 jap... Pastu ZZZZzzzzzz....... dengan nyenyaknya. Oh yaa!! yang tak maut untuk tido kat rumah sewa,diorg semua tido kat rumah yang belum siap tu.... Okay apa?? ada bilik air,kipas lampu. Memang OK aja lahhh...  OK sambung kat citer 3 ye :)

No comments:

Post a Comment